Ain Nadhirah's profile

Tuesday 3 October 2017

Penghargaan


Bismillahirahmanirahim.

Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat-Nya dan tenaga yang dianugerahkan Allah SWT kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.



Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya, Pn. Azizah binti Abd Samad dan Tn. Haji Ismail bin Hashim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingannya telah membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.  Beliau telah meluangkan banyak masa, memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini.



Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.   Mereka telah memberikan saya segala kemudahan, sokongan moral dan kewangan yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.



Seterusnya, penghargaan kepada para pegawai Pusat Sumber Puteri IPGKPM kerana sudi memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada para siswi yang datang ke pusat sumber.  Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi semangat dan idea. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.



Akhir madah, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.


Hubungi

Intitut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka

PPISMP JUN 2017

Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)

Subjek tugasan projek Generik Kemahiran Belajar

Nama pensyarah : Puan Azizah binti Abd Samad dan Tuan Haji  Ismail bin Hashim

Kaum Kadazan dan kaum Iban

Kaum Kadazan


Pakaian untuk lelaki ialah baju Gaung, seluar Souva, bengkung Toogot dan Siga.


Pakaian untuk perempuan ialah Sinuangga, kain labuh dan selendang Himpogot. Ukuran lengan setiap pemakai adalah berbeza mengikut status pemakai.

Kaum Iban

Untuk lelaki, baju Burung dipakai lengkap dengan beberapa hiasan seperti Bulu Burung Ruai, Sangkuh, Rangki dan lain-lain. Baju ini diapakai semasa hari Gawai.


Untuk perempuan pula, baju Ngepan dipakai semasa hari Gawai. Corak dan warna pada pakaian si pemakai adalah berbeza mengikut status si pemakai.



Monday 2 October 2017

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dilaksanakan pada tahun 2010 telah disemak semula bagi memenuhi tuntutan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025.


Dokumen kurikulum di dalam KSPK dinamakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). DSPK dihasilkan telah menyatupadukan enam tunjang dalam kerangka KSPK 2017.


Tunjang dalam kerangka KSPK 2017
  • Komunikasi
  • Kerohanian
  • Sikap dan Nilai
  • Kemanusiaan
  • Perkembangan Fizikal dan Estetika 
  • Sains dan Teknologi
  • Keterampilan diri

 

Dalam tunjang kemanusiaan dapat mengajar kanak-kanak supaya memahami diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta alam sekitar.  Dalam tunjang kemanusiaan pada tajuk warisan budaya mendidik murid memahami budaya masyarakat Malaysia. Murid dapat bercerita tentang pakaian tradisional, menyatakan perayaan utama di Malaysia, mengenalpasti makanan tradisional dan melibatkan diri dalam sambutan perayaan utama. Saya menghuraikan tentang pakaian tradisonal dalam blog ini. Pakaian tradisional dikelaskan di dalam tunjang kemanusiaan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Thursday 14 September 2017

Pakaian Masyarakat Cina

Masyarakat  Cina biasanya mengenakan pakaian tradisional mereka ketika musim perayaan, perkahwinan dan pakaian harian. Bagi lelaki, mereka memakai pakaian yang diberi nama Samfoo merupakan pakaian yang labuh yang mempunyai corak yang tertentu. Baju Samfoo dipakai bersama seluar panjang dan longgar. Wanita berusia juga memakai Samfoo sebagai pakaian harian, berkebun dan sebagainya, tetapi corak Samfoo yang dipakai oleh lelaki dan perempuan berbeza. Bagi wanita, mereka memakai Cheong Sam. Cheong Sam ialah gaun labuh dijahit untuk menampakkan susuk tubuh si pemakai. Corak dan warna yang terdapat pada Cheong Sam membawa makna yang berbeza-beza. Kebiasaanya jenis kain yang digunakan untuk penghasilan Cheong Sam ialah kain sutera, satin dan sebagainya. Oleh kerana jenis kain cheongsam sangat berkualiti, harga Cheongsam sangat mahal. Warna merah beerti keuntungan, kuning membawa maksud yin yang, hijau menunjukkan alam dan keharmonian, Putih pula beerti kemurnian dan hitam, warna syurga.






Monday 11 September 2017

Jenis-jenis baju kurung

Baju kurung ialah pakaian tradisional bagi wanita Melayu. Baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu untuk majlis rasmi, majlis perkahwinan atau pada hari raya. Baju kurung dipakai labuh sehingga ke lutut beserta kain sarung yang diikat di tepi. Terdapat pelbagai jenis baju kurung mengikut negeri. Antaranya ialah baju kurung Johor, baju kurung Melaka, baju kurung Pahang, baju kurung Kedah dan baju kurung Perak.

Baju kurung Johor

Dikenali sebagai baju kurung Teluk Belanga. Panjang baju ini sehinggia paras lutut. Baju ini tiada kocek dan kain disusun pada bahagian tepi. Banyak sekolah menetapkan pemakaian baju kurung mengikut jenis baju ini.
Baju kurung Johor
Baju kurung Melaka

Bentuk baju kurung Melaka sama seperti baju kurung Johor tetapi ditambah dengan perhiasan pada dada.
Baju kurung Melaka
Baju kurung Pahang

Baju kurung Pahang dikenali dengan nama baju kurung Riau Pahang kerana menerima pengaruh dari Riau. Baju kurung Pahang kembang bermula pada bahagian pinggang sehingga hujung baju. Kain selisih dipakai semasa mengenakan pakaian ini.
Baju kurung Pahang

Baju kurung Kedah

Baju kurung Kedah merupakan baju kurung yang unik keranan baju kurung Kedah seakan-akan blaus. Baju kurung Kedah singkat iaitu sehingga bawah punggung sahaja. Baju ini longgar dan dipakai bersama kain sarung.
Baju kurung Kedah

Baju kurung Perak

Baju kurung Perak antara pakaian yang sukar dilihat di mana-mana kerana keunikannya. Pakaian ini biasanya dipakai oleh kerabat puteri pada zaman dahulu. Keunikan baju kurung Perak ialah baju ini tidak dipakai bersama kain sarung. Tetapi, dipakai dengan seluar. Bahagian pada leher baju juga berbeza dengan pakaian kurung lain kerana ada kolar seperti baju Melayu cekak musang. Pakain ini biasanya digayakan semasa persembahan tarian. Antara tarian yang mengenakan baju kurung Perak ialah tarian Dabus.
Baju kurung Perak yang sangat unik




Pakaian Masyarakat India

Pakaian masyarakat India

Masyarakat India mempuyai pakaian yang melambangkan identiti bangsa India. Antara pakaian yang melambangkan bangsa India ialah Sari dan Dhoti.



Sari

Sari dipakai oleh wanita. Lazimnya, Sari dipakai untuk majlis rasmi, upacara keagamaan dan juga pakaian harian. Cara memakai Sari memerlukan lembaran kain panjang yang lembut dililit dari pinggang sebanyak tiga hingga lima kali dan diselempang pada bahu kiri.Pemakai perlu memakai anak baju yang singkat dan ketat. Kain sari selalunya berwarna-warni. Gadis akan memilih warna yang terang. Pengantin juga akan memakai warna yang cerah dan ceria. Perempuan yang lanjut usia pula mengelakkan memakai pakaian berwarna terang. Perempuan yang kematian suami pula akan memilih sari berwarna putih. Pemakaian sari menjadi lebih menarik apabila aksesori seperti gelang dan subang dipakai oleh pemakai semasa mengenakan sari.
Sari

Sari dipakai bersama aksesori seperti gelang dan subang





Dhoti

Dhoti ialah kaian yang berwarna putih. Dhoti merupakan lembaran kain putih yang panjang dililit di pinggang dan diikat pada celah paha dan disangkut pada bahu. Kain Dhoti tidak berjahit. Panjang kain ini dianggarkan lebih kurang 4 1/2 meter. Jippa ialah kemeja putih yang dipakai dengan dhoti. Jippa ini tidak mempunyai kolar. Dhoti dan jippa dipakai untuk upacara keagamaan atau majlis perkahwinan. Kebiasaannya pakaian ini dipakai untuk tujuan upacara keagamaan dan majlis perkahwinan. Dhoti dan jippa dipakai bersama 'Thundu'. Thundu ialah selendang putih yang diletakkan di bahu ketika memakai dhoti dan jippa.
Dhoti
Jippa

Thundu dipakai pada bahu sebagai aksesori dhoti dan jippa



Penghargaan

Bismillahirahmanirahim. Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat-Nya dan tenaga yang dianugerahkan A...