Ain Nadhirah's profile

Monday 11 September 2017

Jenis-jenis baju kurung

Baju kurung ialah pakaian tradisional bagi wanita Melayu. Baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu untuk majlis rasmi, majlis perkahwinan atau pada hari raya. Baju kurung dipakai labuh sehingga ke lutut beserta kain sarung yang diikat di tepi. Terdapat pelbagai jenis baju kurung mengikut negeri. Antaranya ialah baju kurung Johor, baju kurung Melaka, baju kurung Pahang, baju kurung Kedah dan baju kurung Perak.

Baju kurung Johor

Dikenali sebagai baju kurung Teluk Belanga. Panjang baju ini sehinggia paras lutut. Baju ini tiada kocek dan kain disusun pada bahagian tepi. Banyak sekolah menetapkan pemakaian baju kurung mengikut jenis baju ini.
Baju kurung Johor
Baju kurung Melaka

Bentuk baju kurung Melaka sama seperti baju kurung Johor tetapi ditambah dengan perhiasan pada dada.
Baju kurung Melaka
Baju kurung Pahang

Baju kurung Pahang dikenali dengan nama baju kurung Riau Pahang kerana menerima pengaruh dari Riau. Baju kurung Pahang kembang bermula pada bahagian pinggang sehingga hujung baju. Kain selisih dipakai semasa mengenakan pakaian ini.
Baju kurung Pahang

Baju kurung Kedah

Baju kurung Kedah merupakan baju kurung yang unik keranan baju kurung Kedah seakan-akan blaus. Baju kurung Kedah singkat iaitu sehingga bawah punggung sahaja. Baju ini longgar dan dipakai bersama kain sarung.
Baju kurung Kedah

Baju kurung Perak

Baju kurung Perak antara pakaian yang sukar dilihat di mana-mana kerana keunikannya. Pakaian ini biasanya dipakai oleh kerabat puteri pada zaman dahulu. Keunikan baju kurung Perak ialah baju ini tidak dipakai bersama kain sarung. Tetapi, dipakai dengan seluar. Bahagian pada leher baju juga berbeza dengan pakaian kurung lain kerana ada kolar seperti baju Melayu cekak musang. Pakain ini biasanya digayakan semasa persembahan tarian. Antara tarian yang mengenakan baju kurung Perak ialah tarian Dabus.
Baju kurung Perak yang sangat unik




No comments:

Post a Comment

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim. Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat-Nya dan tenaga yang dianugerahkan A...