Ain Nadhirah's profile

Thursday 14 September 2017

Pakaian Masyarakat Cina

Masyarakat  Cina biasanya mengenakan pakaian tradisional mereka ketika musim perayaan, perkahwinan dan pakaian harian. Bagi lelaki, mereka memakai pakaian yang diberi nama Samfoo merupakan pakaian yang labuh yang mempunyai corak yang tertentu. Baju Samfoo dipakai bersama seluar panjang dan longgar. Wanita berusia juga memakai Samfoo sebagai pakaian harian, berkebun dan sebagainya, tetapi corak Samfoo yang dipakai oleh lelaki dan perempuan berbeza. Bagi wanita, mereka memakai Cheong Sam. Cheong Sam ialah gaun labuh dijahit untuk menampakkan susuk tubuh si pemakai. Corak dan warna yang terdapat pada Cheong Sam membawa makna yang berbeza-beza. Kebiasaanya jenis kain yang digunakan untuk penghasilan Cheong Sam ialah kain sutera, satin dan sebagainya. Oleh kerana jenis kain cheongsam sangat berkualiti, harga Cheongsam sangat mahal. Warna merah beerti keuntungan, kuning membawa maksud yin yang, hijau menunjukkan alam dan keharmonian, Putih pula beerti kemurnian dan hitam, warna syurga.






Monday 11 September 2017

Jenis-jenis baju kurung

Baju kurung ialah pakaian tradisional bagi wanita Melayu. Baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu untuk majlis rasmi, majlis perkahwinan atau pada hari raya. Baju kurung dipakai labuh sehingga ke lutut beserta kain sarung yang diikat di tepi. Terdapat pelbagai jenis baju kurung mengikut negeri. Antaranya ialah baju kurung Johor, baju kurung Melaka, baju kurung Pahang, baju kurung Kedah dan baju kurung Perak.

Baju kurung Johor

Dikenali sebagai baju kurung Teluk Belanga. Panjang baju ini sehinggia paras lutut. Baju ini tiada kocek dan kain disusun pada bahagian tepi. Banyak sekolah menetapkan pemakaian baju kurung mengikut jenis baju ini.
Baju kurung Johor
Baju kurung Melaka

Bentuk baju kurung Melaka sama seperti baju kurung Johor tetapi ditambah dengan perhiasan pada dada.
Baju kurung Melaka
Baju kurung Pahang

Baju kurung Pahang dikenali dengan nama baju kurung Riau Pahang kerana menerima pengaruh dari Riau. Baju kurung Pahang kembang bermula pada bahagian pinggang sehingga hujung baju. Kain selisih dipakai semasa mengenakan pakaian ini.
Baju kurung Pahang

Baju kurung Kedah

Baju kurung Kedah merupakan baju kurung yang unik keranan baju kurung Kedah seakan-akan blaus. Baju kurung Kedah singkat iaitu sehingga bawah punggung sahaja. Baju ini longgar dan dipakai bersama kain sarung.
Baju kurung Kedah

Baju kurung Perak

Baju kurung Perak antara pakaian yang sukar dilihat di mana-mana kerana keunikannya. Pakaian ini biasanya dipakai oleh kerabat puteri pada zaman dahulu. Keunikan baju kurung Perak ialah baju ini tidak dipakai bersama kain sarung. Tetapi, dipakai dengan seluar. Bahagian pada leher baju juga berbeza dengan pakaian kurung lain kerana ada kolar seperti baju Melayu cekak musang. Pakain ini biasanya digayakan semasa persembahan tarian. Antara tarian yang mengenakan baju kurung Perak ialah tarian Dabus.
Baju kurung Perak yang sangat unik




Pakaian Masyarakat India

Pakaian masyarakat India

Masyarakat India mempuyai pakaian yang melambangkan identiti bangsa India. Antara pakaian yang melambangkan bangsa India ialah Sari dan Dhoti.



Sari

Sari dipakai oleh wanita. Lazimnya, Sari dipakai untuk majlis rasmi, upacara keagamaan dan juga pakaian harian. Cara memakai Sari memerlukan lembaran kain panjang yang lembut dililit dari pinggang sebanyak tiga hingga lima kali dan diselempang pada bahu kiri.Pemakai perlu memakai anak baju yang singkat dan ketat. Kain sari selalunya berwarna-warni. Gadis akan memilih warna yang terang. Pengantin juga akan memakai warna yang cerah dan ceria. Perempuan yang lanjut usia pula mengelakkan memakai pakaian berwarna terang. Perempuan yang kematian suami pula akan memilih sari berwarna putih. Pemakaian sari menjadi lebih menarik apabila aksesori seperti gelang dan subang dipakai oleh pemakai semasa mengenakan sari.
Sari

Sari dipakai bersama aksesori seperti gelang dan subang





Dhoti

Dhoti ialah kaian yang berwarna putih. Dhoti merupakan lembaran kain putih yang panjang dililit di pinggang dan diikat pada celah paha dan disangkut pada bahu. Kain Dhoti tidak berjahit. Panjang kain ini dianggarkan lebih kurang 4 1/2 meter. Jippa ialah kemeja putih yang dipakai dengan dhoti. Jippa ini tidak mempunyai kolar. Dhoti dan jippa dipakai untuk upacara keagamaan atau majlis perkahwinan. Kebiasaannya pakaian ini dipakai untuk tujuan upacara keagamaan dan majlis perkahwinan. Dhoti dan jippa dipakai bersama 'Thundu'. Thundu ialah selendang putih yang diletakkan di bahu ketika memakai dhoti dan jippa.
Dhoti
Jippa

Thundu dipakai pada bahu sebagai aksesori dhoti dan jippa



Sunday 10 September 2017

Pakaian Tradisonal Masyarakat Melayu


Pakaian Tradisional Masyarakat Malaysia

Seni berpakaian dan perhiasan tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita. Dalam masyarakat tradisional, pakaian tradisional digunakan dalam kehidupan seharian dan waktu keramaian. Budaya ini wujud sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat pakaian dan perhiasan tradisional yang diubahsuai mengikut perkembangan semasa tanpa mengenepikan nilai sentimentalnya. Adab berpakaian yang kita amalkan bertujuan mengekalkan budaya masyarakat yang berbilang bangsa. Pakaian dan perhiasan tradisional adalah merupakan warisan kebanggaan rakyat Malaysia.




Pakaian masyarakat Melayu

Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian semasa musim perayaan. Baju Melayu ada dua jenis iaitu Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Baju Melayu kebiasaannya dipakai lengkap bersama kain sampin dan songkok. Di majlis rasmi baju Melayu berwarna hitam dipakai bersama kain songket berbenang emas. Contoh pemakaian baju Melayu pada majils rasmi ialah majlis keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Baju Melayu Teluk Belanga


Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu Cekak Musang




Baju Melayu Cekak Musang

Baju Cekak Musang merupakan pakaian untuk lelaki. Baju ini diperkenalkan sekitar 1850-1900. Nama lain bagi baju ini ialah "Baju Wau". Bentuknya seakan-akan baju wanita tetapi bahagian lehernya tegak berukuran lebih kurang 4 seintimeter. Baju Melayu cekak musang dijahit dengan tiga kocek.



Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga ialah baju yang diperkenalkan di sekitar Johor dan Riau. Pakaian ini berbeza dengan baju melayu cekak musang dari segi jahitan pada leher baju sahaja. Jenis jahitan pada bahagian leher baju ialah insang pari, tulang belut dan mempunyai satu butang sahaja.

Bahagian leher baju Melayu Teluk Belanga






Penghargaan

Bismillahirahmanirahim. Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat-Nya dan tenaga yang dianugerahkan A...