Ain Nadhirah's profile

Sunday 10 September 2017

Pakaian Tradisonal Masyarakat Melayu


Pakaian Tradisional Masyarakat Malaysia

Seni berpakaian dan perhiasan tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita. Dalam masyarakat tradisional, pakaian tradisional digunakan dalam kehidupan seharian dan waktu keramaian. Budaya ini wujud sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat pakaian dan perhiasan tradisional yang diubahsuai mengikut perkembangan semasa tanpa mengenepikan nilai sentimentalnya. Adab berpakaian yang kita amalkan bertujuan mengekalkan budaya masyarakat yang berbilang bangsa. Pakaian dan perhiasan tradisional adalah merupakan warisan kebanggaan rakyat Malaysia.




Pakaian masyarakat Melayu

Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian semasa musim perayaan. Baju Melayu ada dua jenis iaitu Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Baju Melayu kebiasaannya dipakai lengkap bersama kain sampin dan songkok. Di majlis rasmi baju Melayu berwarna hitam dipakai bersama kain songket berbenang emas. Contoh pemakaian baju Melayu pada majils rasmi ialah majlis keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Baju Melayu Teluk Belanga


Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu Cekak Musang




Baju Melayu Cekak Musang

Baju Cekak Musang merupakan pakaian untuk lelaki. Baju ini diperkenalkan sekitar 1850-1900. Nama lain bagi baju ini ialah "Baju Wau". Bentuknya seakan-akan baju wanita tetapi bahagian lehernya tegak berukuran lebih kurang 4 seintimeter. Baju Melayu cekak musang dijahit dengan tiga kocek.



Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga ialah baju yang diperkenalkan di sekitar Johor dan Riau. Pakaian ini berbeza dengan baju melayu cekak musang dari segi jahitan pada leher baju sahaja. Jenis jahitan pada bahagian leher baju ialah insang pari, tulang belut dan mempunyai satu butang sahaja.

Bahagian leher baju Melayu Teluk Belanga






No comments:

Post a Comment

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim. Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat-Nya dan tenaga yang dianugerahkan A...